Pertemuan jernih keadaan

KUALA LUMPUR: “Kalau kami menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf demi mencari pendamaian dan menjernihkan keadaan,” kata Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam (gambar) selepas mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pada Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam, di sini, malam tadi.



Beliau berkata, pihaknya tiada niat walau sebesar kuman untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan kontroversi yang berlaku mungkin disebabkan salah faham atau terlepas pandang.


“Kalau saya tahu perkara ini boleh menyentuh sensitiviti Pekida, saya orang pertama yang akan halang. Saya sangat menghormati Pekida dan akan mengambil jalan tengah untuk membersihkan keadaan,” katanya.






Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.


Majlis musyawarah itu bagi menjernihkan isu yang timbul selepas filem KL Gangster dan Kongsi menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan.


Yusof berkata, pihaknya juga merancang untuk membuat prekuel KL Gangster selepas kejayaan filem pertama dan akan memastikan isu sama tidak timbul.







“Saya sebagai pembikin filem akan membuat pemantauan teliti terhadap filem arahan anak saya (Shamsul ) selepas ini dan lebih penting kami akan menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~