Skuad polo negara buka langkah kanan

Skuad polo negara buka langkah kanan

MALAYSIA memulakan Kejuaraan Polo Asia-Australasian-Afrika dengan cemerlang selepas mencatat kemenangan 9-8 ke atas pasukan lebih berpengalaman, New Zealand pada aksi pembukaan di Kelab Polo Diraja Pahang, Pekan semalam.


"Ini adalah kejayaan manis buat Malaysia. Kita belum pernah bertemu New Zealand dalam mana-mana kejohanan, jadi kemenangan ini sudah pasti memberi makna yang besar.


"Pemain-pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Mereka beraksi tanpa rasa takut dan tidak menyerah kalah.


"Saya harap kita dapat mengekalkan momentum ini dalam pertemuan seterusnya," jelas Presiden Kelab Polo Diraja Malaysia (RMPA), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam.


Kejayaan ke atas New Zealand adalah sesuatu yang positif buat Malaysia pada aksi pembukaan kejohanan itu yang juga pusingan kelayakan Zon D Piala Dunia Persekutuan Polo Antarabangsa (FIP).


Tiga pasukan teratas bagi saingan kelayakan itu akan layak secara au- tomatik ke pusingan akhir Piala Dunia di San Luis, Argentina pada 11 hingga 25 Oktober depan.


Pada aksi semalam, Huziani Yunos muncul pemain terbaik negara apabila menyumbang lima gol, diikuti dua gol daripada Edham Shahruddin, manakala Tengku Ahmad Shazril dan kapten Shaikh Reismann masing-masing menyumbang satu gol.


New Zealand pula mendapat gol menerusi Andrew Parrott (5 gol), Kit Brooks (2) dan Gary Vickers (1).

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~