Perebutan mahkota Liga Super

Perebutan mahkota Liga Super

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@yahoo.com.my


TERENGGANU membuktikan kemampuan sebagai sang juara apabila menewaskan T-Team 3-2 pada aksi Liga Super malam tadi.


Kemenangan berharga yang dicatat di Stadium Sultan Ismail Nasi- ruddin Shah, Kuala Terengganu itu membolehkan Terengganu terus kekal dalam pemburuan kejuaraan liga.


Watak kepada kemenangan yang dicatat juara baharu Piala FA itu semalam pastinya penggempur sensasi, Abdul Manaf Mamat yang menjaringkan gol pada lewat permainan.


Sebelum itu, Terengganu terlebih dahulu mencipta peluang menerusi kapten, Marzuki Yusof, namun tandukan pemain tinggi lampai itu berjaya dikeluarkan pertahanan lawan.


Pada minit ke-33, giliran T-Team memperoleh peluang menerusi pemain tengahnya, Tengku Hasbullah Raja Hassan apabila rembatannya hanya terkena palang gol.


Dua minit kemudian, Abdul Manaf Mamat berpeluang meletakkan Terengganu di hadapan. Bagaimanapun, rembatan bekas pemain kebangsaan itu dari sebelah kanan sedikit tersasar.


Bersambung babak kedua, kedua- dua pasukan kembali bermain agresif dengan Terengganu memasukkan Zharif Hasna bagi mengantikan Ismail Faruqi.


T-Team yang dibimbing Yunus Alif turut membuat pertukaran dengan memasukkan Shamsul Kamal Mohammad menggantikan Rosli Muda.


Kemasukan dua pemain itu jelas mengubah corak permainan dengan anak-anak buah Irfan Bakti berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-59.


Jaringan itu hadir menerusi sepa- kan penalti yang disempurnakan Abdul Hadi Yahya selepas Reshafiq dijatuh dalam kotak penalti.


Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan selama dua minit apabila T-Team berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Shamsul Kamal.


T-Team terus di hadapan pada minit ke-73, kali ini menerusi Indra Putra Mahyudin yang bijak memper- dayakan penjaga gol Terengganu, Shamirza Yusoff.


Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu menggandakan asakan dengan serangan balas dan hasilnya, pe- main gantian Ailim Fahmi berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian.


Ketika permainan hanya berbaki empat minit, Manaf bijak mengguna- kan peluang daripada kelalaian pertahanan lawan untuk menjaringkan gol kemenangan Terengganu.


Dengan kemenangan itu, Terengganu kini mengumpul 50, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Kelantan.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~