'Hubungan sesama jenis berdosa, dilaknat Tuhan'

KUALA LUMPUR: “Hubungan sesama jenis memang berdosa dan dilaknat Tuhan, namun kita perlu kasihankan mereka yang terjebak dengan gejala ini kerana ada antaranya mempunyai sejarah tertentu hingga akhirnya terjebak,” kata penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.



Beliau berkata, punca menyebabkan wanita membesar dengan orientasi seksual tidak sihat sehingga menyebabkan mereka mempunyai keinginan sesama jenis. “Ada wanita yang terbabit gejala songsang mempunyai sejarah silam menyakitkan seperti pernah menjadi mangsa rogol atau pernah melihat ibu mereka didera bapa sendiri hingga menyebabkan mereka terlalu membencikan lelaki.


“Golongan ini disifatkan sebagai ‘berpenyakit’ dan mereka perlu dirawat. Jangan hanya menuding jari, sebaliknya mereka perlu diselamatkan daripada terus terjerumus dengan perbuatan tidak bermoral ini,” katanya yang dihubungi semalam.






Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai satu laman web pengkid yang mampu menarik lebih 1,600 ahli dari seluruh negara dengan segelintir daripadanya secara terang-terangan mendakwa gemar menjalin hubungan sejenis.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~