50 warga kerja HM sertai Pencarian Juara Pancing

KUALA LUMPUR: Seramai 50 warga kerja Harian Metro (HM) menyertai Pertandingan Pencarian Juara Pancing Harian Metro 2011 yang berlangsung dalam suasana meriah di Kolam Memancing Sentul kelmarin.



Acara tahunan akhbar nombor satu negara itu turut diserikan dengan kehadiran Pengarang Kumpulannya, Datuk Mustapa Omar; Pengarang Eksekutif Berita, Othman Mamat; Pengarang Eksekutif Rencana, Johari Mohamad dan Pengerusi Kelab Met, Noor Azam Abd Aziz yang turut bersama menyertai pertandingan bermula jam 3 petang berakhir tiga jam kemudian.


Pengarang Berita HM, Muhamad Safar Ahmad muncul pemenang pertama selepas ‘menjinakkan’ siakap seberat 1.9 kilogram, membawa pulang hadiah utama televisyen LCD manakala Penolong Ketua Penyunting, Norezan Abdullah (kedua) memenangi basikal Le Run dan penyunting, Wahab Aziz di tempat ketiga membawa pulang barangan Coleman.






Pemenang turut membawa pulang sejumlah wang tunai.


Sementara itu, Mustapa berkata, acara berkenaan dianjurkan sebagai salah satu program yang dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan akhbar ini selain sebahagian pengisian pelbagai aktiviti lain dirancangkan sepanjang tahun ini.


“Program sebegini dapat mengeratkan silaturahim sesama kakitangan dan keluarga masing-masing. Insya-Allah, ia akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~