MIRI: Seorang murid tahun empat menjadi mangsa kedua kejadian lemas yang berlaku di sini dalam tempoh seminggu, menurut Penguasa Bomba dan Penyelamat Balai Lopeng, Mohd Ayub Hassan.
Beliau berkata mayat Mohd Hakimi Daud, 10, ditemui di Sungai Miri kira-kira pukul 2.30 petang ini setelah dilaporkan hilang selepas berenang bersama-sama beberapa orang rakannya di sungai itu kira-kira pukul 6.00 petang semalam.
Mayat itu ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian itu, Mohd Hakimi dipercayai telah tenggelam setelah ditarik arus deras sewaktu keadaan air sungai surut.
Rabu lepas, seorang pelajar sekolah menengah, Kenneth Sirai, 15, lemas semasa berenang di laut berdekatan pantai Marina Bay di sini. - Bernama
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~