Media perlu lapor berita alam sekitar lebih menyeluruh

PETALING JAYA: Pengamal media diminta melaporkan corak pemberitaan alam sekitar bersifat menyeluruh bagi memastikan ia disampaikan sepenuhnya kepada pembaca selain membantu masyarakat memahami isu serta memastikan tindakan segera diambil pihak berwajib.



Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa meminta wartawan negara ini supaya menghasilkan sesuatu penulisan alam sekitar yang bersifat ‘di luar kotak’ dan memastikan ia dilaporkan dengan lebih mendalam meliputi segala aspek. Katanya, laporan yang mendalam dapat membantu masyarakat memahami masalah alam sekitar yang boleh memberi impak kepada mereka termasuklah kesedaran, tindakan, langkah berhati-hati dan langkah pencegahan.


“Kita (media) selalunya melaporkan dan mengikuti sesuatu isu alam sekitar yang berlaku, tetapi tidak melaporkan bagaimana ia berlaku, kenapa ia berlaku, apakah kandungannya sehingga menyebabkan berlaku.






Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Seminar Laporan Alam Sekitar di Menara Surian, di sini, anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) bersama syarikat Nestle Malaysia.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~