KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh tiga bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS) untuk membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan yang memutuskan penurunan pangkat mereka kerana salah laku adalah betul.
Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan itu dengan kos di dalam kamar.
Peguam Datuk T. Thavalingam yang mewakili MAS memberitahu pemberita mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Industri kerana tiada alasan bagi pemecatan konstruktif.
Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 2 Julai tahun lepas, Azlan Zainal Abidin, 55, Ahmad Kamil Shahperi Shahibi, 51, dan Samsudin Zainol Abidin, 57, menamakan MAS dan Mahkamah Perusahaan sebagai responden.
Mereka menuntut ganti rugi dan relif lain yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~