PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuka empat kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).
Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata empat kes itu, dua daripadanya telah dibekukan aset mereka dan dua lagi masih lagi dalam siasatan.
"Aset yang dibekukan itu ialah 17 akaun bank dan 27 buah kenderaan dengan nilai keseluruhan RM732,000. Ia akan dibekukan untuk tempoh 90 hari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata usaha itu untuk menunjukkan bahawa kerajaan serius membanteras kegiatan cetak rompak kerana menerusi akta Amla itu mampu menyekat pihak yang terbabit daripada meneruskan operasi mereka.
Pada 2007 kerajaan memutuskan untuk mengenakan tindakan bagi pesalah yang melakukan cetak rompak di bawah Amla yang membolehkan pesalah dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM5 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~