Keputusan tuntutan TTPM jadi rujukan umum

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam, merekodkan satu lagi pencapaian baru dalam usaha memartabatkan hak pengguna di negara ini, apabila melancarkan terbitan jurnal pertama yang menggabungkan keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan artikel berkaitan perundangan.



Bahan bacaan bertajuk Malaysian Consumer Law Journal (My.Consum.L.J) itu diterbitkan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan termasuk pengamal undang-undang, pengguna serta individu yang mahu berurusan dengan TTPM.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya berpendapat keputusan tuntutan yang dibuat di TTPM wajar diterbitkan dalam jurnal untuk dijadikan bacaan dan rujukan umum.






“Sejak ditubuhkan pada 15 November 1999, TTPM bukan saja melindungi kepentingan pengguna dengan berkesan, malah mewujudkan keseimbangan hak serta tanggungjawab di kalangan pengguna, pembekal atau pengilang,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Malaysian Consumer Law Journal di Auditorium Tun Dr Siti Hasmah di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini, semalam.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~