Interlok dicetak semula
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mencetak semula novel Interlok yang menjadi teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk pelajar Tingkatan Lima bagi meminda beberapa perkataan dalam novel itu.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, keputusan itu ekoran aduan daripada guru-guru yang terpaksa melakukan sendiri pindaan tersebut dengan membuat tampalan pada perkataan-perkataan tertentu dalam novel berkenaan.
"Sebelum ini kita gunakan kaedah tampal perkataan-perkataan tersebut kerana kos dan perubahan tidak banyak sebab hanya sembilan muka surat sahaja yang terlibat," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~