PUTRAJAYA: Sembilan puluh peratus serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta sejak empat hari lalu, dilakukan orang tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata, polis dan agensi berkaitan dalam proses mengenal pasti penggodam.
“Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Ongkili diminta mengulas insiden menggodam beberapa laman web di negara ini serta mengancam portal rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my. oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘’Anonymous’’ dan mendakwa berpangkalan di luar negara.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara.
“Ini kerana anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber,” katanya.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~