Biro Aduan Komuniti adakan kempen tangani sindiket nombor ekor

KUALA LUMPUR: Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno akan mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai dalam menangani sindiket penipuan nombor ekor menggunakan ramalan "Holy people" yang disebarkan melalui risalah.



Pengerusinya, Datuk Muhamad Khairun Aseh berkata kempen kesedaran itu akan ditumpukan pada masayarakat Melayu dan akan diadakan di kawasan tumpuan seperti pasar raya.


"Sekarang sindiket ini sudah berpindah ke bandar dan menjadikan kaum Melayu terutama wanita sebagai sasaran, bagaimanapun tiada sebarang aduan yang diterima daripada kaum Melayu," katanya kepada pemberita di Biro Aduan MCA di sini hari ini.






Katanya, modus operandi yang digunakan bagi memerangkap kaum Melayu adalah dengan meletakkan risalah pada kereta yang dikenal pasti kepunyaan orang Islam.


"Mereka tahu untuk kenal pasti kereta orang Melayu melalui pelekat Al-Quran yang ditampal pada cermin kereta atau hiasan bercirikan Islam yang digantung pada cermin pandang belakang kereta," katanya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~