Bekas jurulatih piala presiden T-Team didakwa atur perlawanan

KUALA TERENGGANU: Bekas jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan mengatur perlawanan bola sepak membabitkan pasukannya dengan pasukan Pahang pada Mac tahun lalu.



Sufian Ngah, 41, didakwa memberi rasuah sebanyak RM1,500 dan RM500 kepada enam pemain pasukan T-Team, bagi tujuan tersebut pada Mac tahun lalu kira-kira 7 malam di Kampung Hulu Takir, Jalan Seberang Takir.


Bagaimanapun, Sufian yang bekerja sebagai kerani di sebuah bank di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah kepada Mohd Azwan Mat Ali, Muhammad Shariquddin Ibrahim, Nadzmeer Mohamad, Azuan Hussien, Mohd Hanifzam Muda dan Hafiz Mohd Noor.






Dia didakwa memberi suapan tersebut sebagai upah mengatur keputusan perlawanan membabitkan perlawanan bola sepak Piala Presiden antara pasukan T-Team dengan pasukan Pahang.


Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~