KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 hospital di seluruh negara akan terbabit kempen Hari Hepatitis Sedunia bermula 16 hingga 30 Julai depan bagi mendedahkan kepada orang ramai mengenai penyakit hepatitis.
Kempen itu julung kalinya, dianjurkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi memberi kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya penyakit hepatitis yang boleh meragut nyawa.
Pengerusi merangkap penganjur Kempen dan Pameran berkenaan, Prof Dr Rosmawati Mohamed, berkata kempen itu turut menyediakan ujian hepatitis secara percuma.
Katanya, penganjur bekerjasama dengan Galeri Seni Pelita Hati mengadakan pameran ‘Being There’ dan setiap jualan gambar sebahagian dananya disumbangkan ke tabung kempen.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~