Mutakhir
MANILA: Ketua puak paling berkuasa di Filipina, Andal Ampatuan Sr, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menjadi perancang di sebalik pembunuhan beramai-ramai pada 2009 iaitu meragut sekurang-kurangnya 57 pencabar politik dan wartawan dalam kejadian pembunuhan berkaitan politik terburuk negara itu.
Andal Ampatuan dihadapkan ke mahkamah khas di dalam penjara yang mempunyai aspek keselamatan maksimum di Manila, iaitu 18 bulan selepas dia dan 12 ahli keluarganya ditahan susulan kejadian pembunuhan di wilayah selatan Maguindanao.
Anak kepada Ampatuan adalah suspek utama, di mana selepas mendapat kebenaran bapanya dituduh mengetuai 150 lelaki bersenjata menghalang karavan pilihan raya dan menghapuskan penyokong dan keluarga pencabar politik mereka.
Mereka yang terbunuh termasuk 31 wartawan, iaitu pembunuhan petugas media terburuk pernah berlaku di dunia. - AP

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~