Peguam Negara bebas rasuah

Peguam Negara bebas rasuah

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail bebas daripada dakwaan rasuah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan pihaknya telah menutup siasatan terhadapnya.


Selain Gani, siasatan kes rasuah melibatkan Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Robert Phang dan 55 yang lain turut ditutup suruhanjaya tersebut selepas mendapati ia bebas daripada jenayah.


Keputusan itu dipersetujui oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM selepas menilai hasil siasatan dan keterangan yang dibentangkan di Akademi Pencegahan Rasuah di sini semalam.


Pengerusi PPO, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, selepas disiasat, Gani dan keluarganya mengerjakan haji pada tahun lalu dengan menggunakan wang sendiri dan bukan dibiayai oleh mana-mana pihak.


"Akuan bank Gani juga menunjukkan ada transaksi untuk perbelanjaan berkenaan. Akaun itu juga digunakan untuk memasukkan gaji bulanan beliau," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Mengenai dakwaan Phang yang cuba menyogok seorang Ketua Setiausaha Kementerian, Hadenan memberitahu, pihaknya mendapati, keterangan yang diambil tidak mencukupi untuk ke membuat pendakwaan.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~