Peguam dijel 6 tahun, denda
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Seorang peguam dipenjara enam tahun dan denda RM80,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga tuduhan memalsukan keterangan dan surat kuasa wakil dalam satu pernyataan afidavit saman pemula 18 tahun lalu.
Hakim Rosenani Abd. Rahman memutuskan demikian terhadap S. Kanawagi, 66, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kesalahan tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Kanawagi didakwa menggunakan surat kuasa wakil palsu dengan mengesahkan sebagai tulen pada 30 Julai 1993 dan 5 Mei 1995.
Bagi dua kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara dua tahun dan denda RM30,000 setiap satu tuduhan, sekiranya gagal bayar denda boleh dipenjara enam bulan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~