Ambil kira pandangan penduduk

CHERAS: Pandangan dan cadangan penduduk Perumahan Sri Melaka tidak diketepikan apabila satu dialog bersama 1,500 penduduk di kawasan itu diadakan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, kelmarin.



Melalui dialog itu, penduduk dijelaskan mengenai pembangunan, infrastruktur dan kemudahan yang bakal diperoleh apabila projek perumahan semula kawasan itu siap kelak yang membabitkan tiga fasa.


Ketua Setiausaha KWPKB, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata melalui 12 siri dialog bersama penduduk setempat, pihaknya akan mengkaji semula harga pembelian, kadar sewa serta saiz rumah yang dibangunkan kelak.






“Ketika ini, saiz rumah dan kadar bayaran bagi penyewa belum ditentukan kerajaan kerana kami mahu mendapatkan pandangan penduduk terlebih dulu, sekali gus mengambil kira tahap kemampuan mereka,” katanya.


Katanya, bagi pemilik sedia ada perumahan kos rendah berkenaan, saiz rumah sudah ditentukan iaitu 900 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu ruang dapur.


Menurutnya, pelbagai kemudahan lain seperti tempat letak kereta berbumbung, kawasan lapang untuk riadah serta kemudahan lain bakal dibangunkan termasuk menaik taraf surau sedia ada serta membina kuil.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~