Pelajar Malaysia selamat dalam kejadian gempa di Aceh

JAKARTA: Semua pelajar Malaysia di Aceh dan Medan selamat daripada bencana gempa bumi berkekuatan 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Pantai Barat, Selatan Aceh awal hari ini.



Sehingga jam 1.30 tengah hari ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa 10 orang meninggal dunia dalam kejadian gempa pada jam 12.55 pagi waktu tempatan itu.






Atase Pendidikan, Education Malaysia (dulunya Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia, Ludinata Misnun berkata gempa itu tidak dirasakan oleh pelajar Malaysia di Aceh kerana kawasan penempatan mereka berada jauh di bahagian Utara Aceh.

Bagaimanapun pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dapat merasakan gegaran kuat kerana kedudukan pusat gempa yang lebih hampir dengan kawasan Kota Medan.









"Semua pelajar Malaysia seramai 176 orang di Aceh dan 612 orang pelajar Malaysia di Medan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~