Pelajar ke Mesir dinasihat tidak terbabit demonstrasi jalanan

KANGAR: Para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian mereka di Mesir dinasihati tidak membabitkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan masa depan mereka termasuk menyertai demonstrasi jalanan.



Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata mereka perlu menunaikan harapan negara dan keluarga dengan memberi sepenuh tumpuan dalam bidang pelajaran hingga mencapai kejayaan sebenar.






Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan 28 pelajar Perlis yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, bahasa Arab dan perubatan di Mesir di sini hari ini. - Bernama

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~