GOMBAK: Seorang lelaki disyaki pencuri besi buruk cedera di rusuk kiri akibat terkena tembakan polis ketika cuba mengundur lori dalam usaha melarikan diri di Jalan Kuang Bulan, Taman Kepong, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, polis yang menerima maklumat berhubung kes ceroboh sebuah kilang di Jalan Ehsan Industrial Park 1, Taman Ehsan daripada pemiliknya segera ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu disedari pengurus kilang berkenaan selepas diberitahu jirannya yang ternampak tiga lelaki menceroboh kawasan kilangnya dengan sebuah lori.
Menurutnya, lelaki itu yang mengetahui kilangnya diceroboh kemudian terus menghubungi Balai Polis Desa Jaya dan memberikan maklumat berhubung lori dinaiki suspek.
“Polis yang menerima maklumat itu kemudian bergegas ke tempat kejadian namun suspek sudah tiada di kawasan itu.
“Dua anggota polis bermotosikal yang mendapat maklumat berkenaan berjaya mengesan lori berkenaan.
“Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis cuba melarikan diri hingga ke Jalan Kuang Bulan sebelum berjaya dipintas,” katanya.
Abdul Rahim berkata, panik selepas dikepung polis, suspek bertindak mengundur lori menyebabkan mereka melanggar motosikal polis yang berada di belakang.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~