Penduduk Israel berang harga naik
BEBERAPA penduduk Israel duduk dekat khemah di Bandar Lama Baitulmuqaddis kelmarin.
TEL AVIV - Penduduk di Israel kini marah apabila mereka mendapati taraf kehidupan meningkat termasuk harga rumah dan makanan.
Ekoran itu, sejumlah orang mendirikan khemah di serata Israel untuk membantah kenaikan harga rumah ketika harga hartanah global menurun ekoran masalah ekonomi.
Negara ini mempunyai jurang pendapatan yang meluas manakala harga makanan telah meningkat sejak beberapa bulan lalu termasuk harga minyak.
Mogok juga diadakan baru-baru ini oleh para pekerja sosial dan doktor yang kecewa ekoran perasaan tidak puas hati mengenai kenaikan kos di negara ini.
Harga sebuah apartmen sederhana di negara ini melebihi AS$500,000 (RM1.49 juta).
Seorang wanita, Lital Yitzhak dan suaminya yang merupakan pengurus gudang terpaksa berpindah ke rumah ibu mereka kerana kadar sewa tinggi sebanyak AS$900 (RM2,693) sebulan dikenakan pemilik apartmen dua bilik yang kecil di Baitulmuqaddis lapan bulan lalu.
"Saya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan oleh satu pasangan muda (ekoran kenaikan kos hidup)," kata Lital yang merupakan seorang guru ganti prasekolah.
Dia dan suaminya hanya memperoleh pendapatan kira-kira AS$1,800 (RM5,386) sebulan.
Harga minyak di Israel ialah AS$8 (RM23.94) bagi setiap 3.78 liter manakala sebuah kereta sedan berharga AS$35,000 (RM104,776) ke atas.
Di Baitulmuqaddis, puluhan pasangan mendirikan khemah di kawasan berdepan tembok Bandar Lama.
"Harga meningkat di serata negara," kata seorang aktivis perumahan dan seorang anggota Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~