'Kemerosotan Pahang bukan masalah integriti pemain'

'Kemerosotan Pahang bukan masalah integriti pemain''Kemerosotan Pahang bukan masalah integriti pemain'

PUNCA kemerosotan prestasi Pahang dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini bukan disebabkan masalah integriti para pemain skuad Tok Gajah itu, lapor SHAHRULANOOR ISHAK. Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Dr. Omar Othman menjelaskan, pihaknya membuat penilaian terhadap para pemain selepas saingan Liga Super 2011 melabuhkan tirai dan mendapati gejala tersebut tidak wujud dalam pasukannya.


"Kita sudah membuat kajian terhadap pasukan dan pemain, didapati tiada unsur negatif seperti sangkaan sebilangan penyokong Pahang. "Para pemain sebenarnya amat komited menggalas harapan pasukan dan penyokong," kata beliau di Kuantan, Pahang semalam. Ujarnya lagi, PBNP bagaimanapun sedang mengkaji faktor sebenar penyebab Pahang gagal mengekalkan prestasi baik seperti permulaan musim Liga Super 2011 - sama ada dari segi kombinasi atas padang, persefahaman antara pemain atau sebagainya.


"Skuad Tok Gajah mempamerkan aksi cukup berkesan pada awal musim, namun tanpa diduga beransur lemah apabila memasuki pertengahan dan penghujung liga utama tersebut. "Para pemain sudah berusaha keras untuk meningkatkan prestasi pasukan sejak awal musim dan hasilnya kita mendapat semangat baharu pada waktu itu (awal musim).


"Tetapi entah di mana silapnya, kita tidak dapat menguasai perlawanan-perla- wanan seterusnya," kata beliau yang kecewa dengan perkembangan tersebut. Jelas Dr.Omar lagi, kegagalan Pahang untuk kekal konsisten sepanjang kempen Liga Super musim ini menyebabkan timbul anggapan sebilangan penyokong mengenai kesangsian mereka terhadap inte- griti para pemain.


Sehubungan itu, beliau meminta para penyokong tidak terus berasa kecewa apabila Pahang tersingkir ke Liga Perdana pada musim hadapan. "Saya yakin ada hikmah dan pengajaran, akan ada perubahan untuk jadikan Pahang sebagai pasukan dihormati dalam Liga Perdana dan akan kembali semula ke Liga Super musim 2013. "Walaupun tersingkir ke Liga Premier, kita tetap tidak memandang rendah terhadap kekuatan pasukan-pasukan sedia ada dalam Liga Perdana," ujarnya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~