Maut rebut bilik air

JOHOR BAHRU: Gara-gara berebut bilik air, seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam rakannya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini, kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.



Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai Mat Juli, 37, sedang mandi sebelum pintu bilik air diketuk berkali-kali rakan serumahnya.






Sejurus mangsa keluar, berlaku pertengkaran di antara mereka dan suspek kemudian mencapai pisau pemotong sayur sebelum menikam rusuk kanan mangsa menyebabkan dia mati di lokasi kejadian.

Abang ipar mangsa, Bahri Pusai, 28, berkata, mangsa bercadang pulang ke kampungnya bersama isteri selepas membuat permohonan pengampunan melalui program pemutihan.








Katanya, sebelum kejadian, dia sering bertemu mangsa yang menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan hanya menunggu tarikh dihantar pulang selepas permohonannya diterima.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~