Kedai barang murah di luar bandar

Kedai barang murah di luar bandar

Oleh RADZUAN HASSAN dan NAN HIDAYAT NAN AZMIE
beritakosmo.com.my


BERA – Konsep jualan barangan sehingga 40 peratus lebih murah yang diaplikasi di Kedai Rakyat 1Malaysia akan diperluaskan di kawasan luar bandar tidak lama lagi.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu merupakan kerjasama kementerian dengan Koperasi Permodalan Felda melibatkan pengedaran barangan yang diberi nama Produk Ko-op 1Malaysia.


“Koperasi Permodalan Felda yang menguasai Felda Trading akan mengeluarkan produk keperluan pada harga murah dan akan diedarkan kepada kedai-kedai runcit sedia ada di kawasan luar bandar,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bera selepas merasmikan Fiesta Bera 2011 Edisi Kedua di sini semalam.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~