Belaian bidan gebu

KUALA LUMPUR: “Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan,” kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional.



Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.


Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. “Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya,” katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.






Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.


“Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.


“Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.







Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.


“Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin,” katanya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~