Adira, Black bakal hiburkan pengunjung

Adira, Black bakal hiburkan pengunjung

SHAH ALAM - Beberapa artis popular bakal menghiburkan pengunjung pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 di Plaza Shah Alam di sini hari ini.


Antaranya termasuklah Adira dan Black, selain persembahan daripada bakat baharu seni muzik, Jamilah Abu Bakar.


Jamilah, 16, merupakan johan Bintang Kecil RTM Selangor pada tahun 2007 dan pernah mewakili negara ke Turki untuk Festival Kanak-Kanak pada tahun yang sama.


Menurut Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharuddin, selain persembahan artis, pelbagai acara menarik akan diadakan khas untuk para pengunjung di lokasi pertandingan akhir berkenaan.


Beliau memberitahu, penganjur akan turut menyajikan 400 potong kek buah-buahan kurma dan 400 biji tat nanas Daisy untuk dirasai pengunjung nanti.


Selain itu, orang ramai berpeluang mendapatkan minyak jagung Daisy seberat 500 gram secara percuma ketika berkunjung ke lokasi pertandingan.


Mereka boleh mendapat ganjaran tersebut dengan menebus dua kepala akhbar (masthead) Kosmo! di kaunter pertandingan bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi hari ini.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~