Satu kompeni askar wataniah, satu parlimen

TAWAU: Rancangan mewujudkan satu Kompeni Askar Wataniah di 222 kawasan Parlimen di negara ini hampir mencapai sasaran, kata Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan Malaysia Mej Jen Datuk Fazlurrahman Mohamad.



Beliau berkata pada masa ini, 182 kompeni Askar Wataniah sudah diwujudkan di 182 kawasan Parlimen dan baki 40 kompeni akan diwujudkan sehingga penghujung tahun ini bagi memenuhi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.


"Pada tahun lalu, sebanyak 50 kompeni Askar Wataniah diwujudkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang bersama warga Rejimen 516 Askar Wataniah di sini malam tadi.






Majlis bagi meraikan persaraan Fazlurrahman, yang telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 39 tahun, turut dihadiri Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ismail Mayakob.


Fazlurrahman akan bersara wajib pada Disember tahun ini.


Fazlurrahman berkata pada masa ini, Askar Wataniah mempunyai 57,000 anggota di seluruh negara dengan tujuh peratus daripada jumlah itu terdiri daripada kaum Cina.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~