Malaysia akur kehebatan India

Malaysia akur kehebatan India

SELEPAS beraksi cemerlang dengan keja- yaan ke atas New Zealand, Selasa lalu, Malaysia akhirnya tunduk 5-12 kepada pengalaman yang dimiliki India pada aksi kedua Kejohanan Polo Asia-Australasia-Afrika di Kelab Polo Diraja Pahang semalam.


Kekalahan itu menyaksikan skuad negara terkeluar daripada saingan empat pasu- kan terbaik dan juga slot ke separuh akhir.


Hanya juara, naib juara dan pemenang dalam penentuan tempat ketiga/keempat saja yang layak beraksi dalam pusingan akhir Kejohanan Polo Piala Dunia di San Luis, Argentina, dari 11 hingga 25 Oktober depan.


Kejohanan yang berlangsung di Pekan, Pahang ini juga merupakan kempen Kelayakan Zon D bagi pusingan final tersebut.


Australia, pilihan utama kejohanan, mencerahkan semula harapan mereka ke separuh akhir dengan kemenangan 7-5 ke atas New Zealand.


Pasukan Kiwi pula yang juga naib juara dalam kempen kelayakan edisi tahun lepas, kini terkeluar dari perebutan ke separuh akhir ekoran kekalahan kedua mereka itu.


Malaysia menamatkan pusingan awal awal kempen ini dengan dua mata selepas menewaskan New Zealand 9-8 dalam aksi pembukaan.


Begitupun, kekalahan besar kepada India semalam menyaksikan Malaysia mempunyai perbezaan defisit gol yang besar iaitu enam gol.


Jurulatih negara, Carlos Pando menyifatkan pemain negara kurang bernasib baik dalam pertemuan semalam sambil memuji aksi India di atas kejayaan mereka.


“Tuah tidak memihak kepada kita hari ini (semalam),” kata jurulatih dari Argentina itu.


“Kekalahan besar ini telah meranapkan harapan kami. Perkara ini selalu berlaku dalam sukan dan begitu juga dalam sukan polo.


“Pemain India juga bermain dengan baik dan kami harus menerima hakikat bahawa mereka lebih bagus daripada kita.”


Pengurus pasukan negara, Ahmad Jamili Rashid berkata: “Keadaan kuda memainkan perbezaan besar, kita semua boleh lihat India memiliki kuda yang lebih bagus berbanding pemain Malaysia.”

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~