AMPANG: Polis memburu seorang lelaki warga Pakistan yang disyaki membunuh seorang pengurus kedai jam tangan dalam kejadian di Apartmen Pandan Utama, 5 Jun lalu.
Supsek berusia 20-an (gambar) itu sudah dikenal pasti identitinya dan dipercayai terbabit pembunuhan kira-kira jam 9 pagi selepas didapati sering berkunjung ke rumah mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata motif pembunuhan itu berpunca daripada dendam yang mengakibatkan suspek membunuh mangsa, Ng Kim Loong, 45.
“Suspek yang tidak bekerja kali terakhir dilihat berkunjung ke rumah mangsa sehari sebelum kejadian kira-kira jam 10 malam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di sini, semalam.
Harian Metro 6 Jun lalu, melaporkan seorang lelaki ditemui mati terlentang di atas katil rumahnya dipercayai dibunuh di Apartmen Pandan Utama.
Mayat mangsa ditemui ibunya dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat menggunakan tali langsir manakala lehernya dijerut dengan baju.
Adnan meminta orang ramai bekerjasama memberi maklumat bagi memburu suspek dan boleh menghubungi talian 03-42524866.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~