KOTA BHARU: Tiga keluarga mangsa kemalangan maut di Kilometer 15, Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, di sini, malam kelmarin, menerima agihan wang keseluruhan berjumlah RM4,500 daripada pengurusan Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, semalam.
Wang sumbangan itu disampaikan Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kist, Mohd Safuan Awang ketika melawat mangsa kemalangan di bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.
Mohd Safuan berkata, wang itu diagihkan kepada setiap keluarga bagi pengurusan jenazah membabitkan RM1,000, manakala RM500 untuk diserahkan kepada keluarga.
“KIST Kampus Ibnu Sina, Bachok, Kelantan, dengan penuh duka cita memaklumkan empat siswanya terbabit kemalangan di Jalan Pasir Mas, Salor, kira-kira jam 11 malam,” katanya.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~