MELBOURNE: Jurucakap imigresen pembangkang Australia Scott Morrison, yang berada di Kuala Lumpur selama empat hari, berkata beliau berharap untuk bertemu dengan pegawai-pegawai Malaysia esok, bila beliau melawat pusat tahanan pelarian di Semenyih, Selangor.
Perdana Menteri Julia Gillard mengumumkan rancangan untuk menghantar seramai 800 pencari perlindungan ke Malaysia sebagai pertukaran dengan 4,000 pelarian yang telahpun diproses hampir lapan minggu lepas dan dijangka dibereskan tidak lama lagi. Morrison memberitahu Sky TV News bahawa beliau telahpun melihat dari luar sebuah pusat yang sedang dibangunkan untuk menerima pelarian yang mencari perlindungan yang dihantar oleh Australia. "Anda dengar pelbagai laporan bila bercakap dengan orang yang ditahan di pusat-pusat tahanan (Malaysia). Tentunya pusat itu tidak serupa dengan yang kita kendalikan di Australia," kata beliau. Morrison berkata pencari perlindungan di Malaysia di peringkat awal terpaksa tinggal dalam komuniti, dengan sokongan kumpulan sukarelawan, dan mereka terpaksa bergantung pada usaha sendiri.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~