Daftar segera anak istimewa atau tak sah taraf

KUALA TERENGGANU: Ibu bapa dan penjaga digesa segera mendaftar kelahiran anak kurang upaya atau anak tidak sah taraf bagi mengelak masalah berbangkit apabila anak berkenaan dewasa.



Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim berkata kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak yang kurang upaya atau cacat ataupun anak cacat, seringkali gagal melaksanakan tugas berkenaan.


"Pendaftaran sepatutnya dibuat dalam masa 40 hari dari tarikh kelahiran bayi, namun ada juga ibu bapa yang lambat membuat pendaftaran yang menjejaskan kelancaran proses pendaftaran.






"Masalah pendaftaran kelahiran ini bukan sahaja terjadi kepada kanak-kanak dari golongan kurang upaya, namun turut berlaku kepada anak yang dilahirkan di luar perkahwinan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Mykad kepada lima penghuni Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, di sini, hari ini.


Menurut beliau, selain ibubapa, pemohonan untuk mendapatkan Mykad ataupun Sijil Kelahiran boleh dibuat menerusi pihak hospital ataupun rumah kebajikan.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~