Bookie sempat bebas lima minit

Bookie sempat bebas lima minit

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai bookie yang ditahan dalam skandal mengatur perlawanan bola sepak pasukan Piala Presiden T-Team minggu lalu hanya sempat bebas selama lima minit sebelum ditahan semula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.


Lelaki berusia lingkungan 50-an tersebut sebelum itu dibebaskan oleh Majistret Noradila Ab. Latif ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini selepas beliau dimaklumkan SPRM berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan ke atas lelaki itu.


Bagaimanapun, tidak sampai lima minit, lelaki berkenaan ditahan semula oleh sepasukan pegawai SPRM Putrajaya, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubalan wang haram.


Difahamkan, akaun lelaki itu juga telah dibekukan bagi membolehkan pihak SPRM membuat siasatan.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~