APMM rampas rokok seludup

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah mematahkan cubaan menyeludup rokok pelbagai jenama bernilai RM40,300 dengan nilai cukai RM300,000 di Kuala Jerlun, Air Hitam dekat sini, awal pagi semalam.



Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Satu Langkawi Kept Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata ketika kejadian kira-kira 2.15 pagi, bot ronda APMM mengesan sebuah bot yang dinaiki dua suspek bergerak laju dari tengah laut menghala ke jeti Kuala Jerlun.


"Kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran pihak APMM bertindak memecut bot dan dikejar pihak APMM selama 10 minit sebelum bot suspek terkandas di pintu masuk Kuala Jerlun ekoran air laut surut.






"Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri melalui persisir pantai ke kawasan belukar berdekatan," katanya pada sidang media di Pejabat APMM Pangkalan Kuala Kedah dekat sini hari ini.


Hasil pemeriksaan dalam bot gentian kaca itu menemui 155 bungkusan yang dibalut dengan plastik merah dan hitam mempunyai 3,100 kartun rokok pelbagai jenama disorokkan pada bahagian bawah bot bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~