Kejohanan boling padang Langkawi medan pilih pemain hadapi Piala Dunia 2012

Mutakhir
















LANGKAWI: Kejohanan Boling Padang Single and Pairs Sirkit ke-10 kebangsaan di Langkawi mulai 19 hingga 24 September ini akan dijadikan medan pemilihan skuad Malaysia untuk menghadapi Piala Dunia 2012.

Setiausaha Persatuan Lawn Bowls Kedah, Datuk Shukri Ahmad, berkata seramai 10 pemain lelaki dan wanita akan disenaraikan dalam skuad itu bagi menjalani latihan pusat.




"Kejohanan sirkit ke-10 adalah siri terakhir yang dianjur Persatuan Lawn Bowl Malaysia yang dijangka disertai pemain terbaik Malaysia," katanya di sini, hari ini.





Selain itu, Shukri berkata, Kejohanan Boling Padang Single and Pairs bawah 25 tahun akan berlangsung di Alor Setar mulai 14 hingga 17 Julai ini.

Katanya, johan kejohanan itu akan mewakili Malaysia pada Kejohanan peringkat Asia di India pada September ini.

"Kejohanan boling padang antarabangsa Langkawi piala Mahsuri akan berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi di sini pada 27 hingga 30 Oktober ini," katanya.

Katanya, kejohanan itu akan mengundang pemain-pemain dari negara-negara Asean untuk mengambil bahagian di samping pemain tempatan. - BERNAMA














~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~