Raffi Hussien Tidak Kritikal



Seorang pelakon pembantu untuk filem Bara jiwa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)  kerana dipercayai terbakar seluruh badan apabila melakonkan satu babak letupan menerusi filem terbaru arahan Osman Ali, Bara Jiwa, malam tadi.


Pelakon yang dikenali sebagai Rafie  Hussien dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan sekarang berada di wad ICU, Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Memetik sebuah akhbar online (bukan terbitan utusan), pengarah filem tersebut, Osman Ali bagaimanapun melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa yang berlaku kepada pelakon yang dikaitkan bercinta dengan pelakon, Emma Akma itu.


"Babak kebakaran merupakan babak aksi pertama dalam filem ini dan mungkin perkara ini sebagai amaran untuk pihak saya dan krew untuk lebih berhati-hati pada babak aksi seterusnya di mana kami ada 20 hari lagi untuk menghabiskan penggambaran ini,"katanya.


Disebabkan perkara itu juga, penggambaran filem itu direhatkan selama satu hari untuk meredakan kegusaran yang dialami oleh krew dan pelakon lain.


Seorang pelakon pembantu untuk filem Bara Jiwa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)  kerana dipercayai terbakar seluruh badan apabila melakonkan satu babak letupan menerusi filem terbaru arahan Osman Ali itu malam tadi.


Pelakon yang dikenali sebagai Raffi  Hussien dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan de wad ICU, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Terkejut juga bila dengar macam itu.

Bagaimanapun ketika ditemui oleh Mangga Online, keadaan Raffi Hussien kelihatan stabil dan dia berada di wad biasa hospital berkenaan.

Menceritakan tentang Kejadian letupan yang berlaku dalam satu adegan membakar warung di Taman Seputeh, Kuala Lumpur malam tadi, jelas Raffi dia melakonkan watak samseng dalam filem tersebut. 


Menurut Raffi lagi semasa kejadian dia hanya selangkah sahaja daripada tempat letupan.


"Sepatutnya letupan dilakukan selepas semua pelakon jauh daripada tempat letupan.


"Entah macam mana belum sempat saya bergerak keluar tiba-tiba berlaku letupan,.


"Badan saya terkena minyak sebelum itu... agaknya sebab itulah saya disambar api semasa letupan berlaku," kata Raffi semasa ditemui di Pusat Rawatan Universiti Malaya malam ini.


Raffi terbakar di bahagian kiri badan daripada pinggang ke atas. Lengannya berbalut dan leher serta bahagian kiri bawah pipi lebam kesan terbakar.


Difahamkan semasa dia terbakar, kamera sedang roll dan aksinya yang sedag terbakar turut terakam dalam adegan itu. Malah ada yang menyangkakan insiden itu salah satu babak dalam filem sebelum sedar sebenarnya dudah berlaku kemalangan.


Kejadian ini menyebabkan penggambaran filem itu direhatkan selama satu hari untuk meredakan kegusaran yang dialami oleh krew dan pelakon lain.

Raffi juga tidak tahu bagaimana nasibnya dalam filem itu kerana dia difahamkan yang dia perlu mandapat rawatan susulan dalam tempoh agak lama bagi membolehkan kesan terbakar pulih sepenuhnya.

"Mungkin juga skrip akan dirombak apabila keadaan saya macam ini," kata Raffi yang turut membuat laporan polis pasal kemalangan yang menimpanya.


 

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~