Hubungan tentera AS-Malaysia terus diperkukuh

Mutakhir
















KUALA LUMPUR: Hubungan antara tentera Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia ketika ini amat teguh dan ia akan terus dikukuhkan lagi, kata Komander Armada Pasifik Tentera Laut AS, Laksamana Robert F Willlard.

Willard yang berada di sini untuk Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-25, berkata sepanjang tempoh beliau berada di sini, beliau sudah berbincang mengenai perkara yang mempunyai kepentingan bersama, dengan panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.




Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan menyentuh kepada usaha meneroka cara baru di mana Angkatan Tentera kedua-dua negara dapat saling membantu kearah mengukuhkan tahap keselamatan di rantau Asia Pasifik.





"Malaysia dan Amerika telah menjalankan latihan bersama dan semakin meningkat. Saya rasa adalah penting bagi Malaysia memutuskan bagaimana dan di mana kerjasama tentera dapat ditingkatkan dan dibaiki lagi supaya dialog dapat diadakan dalam konteks itu," katanya selepas menyampaikan taklimat bertajuk "Securing the Maritime Commons: The Role of Regional Navies" di persidangan meja bulat itu di sini hari ini.

Willard berkata, ada banyak bidang di mana Angkatan Tentera Malaysia boleh menyumbang di peringkat serantau, dan keselamatan maritim adalah salah satu darinya.

Willard juga mengakui bahawa Malaysia sudah mengambil bahagian dalam latihan kententeraan pelbagai negara "Cobra Gold" yang ditingkatkan tahapnya di Thailand.

"Kami amat positif, apabila anda melihat pihak tentera Malaysia, ia adalah tentera yang hebat di rantau ini," katanya.





Latihan yang dijalankan dwi tahunan di Thailand itu turut membabitkan beberapa negara termasuk Thailand, AS, Singapura dan Filipina.

Willard berkata, beliau menganggap rantau Asia Pasifik sebagai amat penting dari segi strategi, dan orang ramai melihat Asia abad ke-21 dengan penuh minat, dari segi kepentinganya di peringkat serantau dan dunia.

Katanya, bagi rantau ini mencapai segala visinya, ia memerlukan suasana aman, selamat, dan kesejahteraan yang berterusan.

Willard berkata, bagi tujuan itu peranan tentera adalah penting.

Dalam ucapannya, Willard berkata, rantau Asia Pasifik membabitkan kawasan seluas kira-kira separuh daripada bumi, dan ia didiami oleh banyak negara dengan rakyat berjumlah lebih 3.5 bilion.

Ia juga membabitkan perdagangan berjumlah sebanyak lebih daripada AS$5 trilion setiap tahun dan berkongsi hubungan dagangan dua hala tahunan dengan AS yang jumlahnya menjangkau lebih AS$1 trilion.

Beliau berkata, sejak awal abad ini, banyak ketua-ketua negara dan forum-forum antarabangsa memperakui bahawa Asia akan memainkan peranan lebih penting di peringkat global di abad ke-21 ini.

"Suka atau tidak, peranan Asia sama ada secara langsung atau tidak, turut berkaitan dengan agenda keselamatan bersama maritim," katanya.

Willard berkata, sama ada dalam menghadapi lanun, penyeludup, penyeludup senjata, mahupun ekstremis; tentera, terutamanya tentera laut; memiliki keupayaan dan kekuatan bagi menangani pelbagai cabaran dan cabaran yang ekstrem.

Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik itu dianjurkan oleh Asean Institues of Strategic and International Studies (ASEAN-ISIS). - BERNAMA










~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~