Jamin barangan keperluan cukup
KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan semua bekalan makanan bagi keperluan Aidilfitri mencukupi memandangkan kementerian telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kementerian telah membuat perancangan sebulan sebelum Ramadan antaranya dengan memberikan permit import tambahan kepada pengusaha yang mahu mengimport daging, ikan serta ayam dari luar negara.
"Kesimpulannya kesemua bekalan makanan kita jamin mencukupi kerana langkah perlu itu diambil sejak awal lagi. Sepatutnya memang tidak ada masalah mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~